20 Julai 2011

YANG BENAR

Pisah agama dan politik tidak masuk syurga � sarjana Islam


Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?

Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;
"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.
"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."
Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.
Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.
"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.
"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.
Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.
Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.
Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.
Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.
"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.
"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.
"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.
Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.
Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _

SEJARAH PENUBUHAN PASTI

SOROTAN :


Cetusan idea untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.

Seminar PASTI

Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah' oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.


Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Bayaran elaun guru Pasti Kelantan dalam Dirham



Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 29 Ogos:Selepas Persatuan Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata) bercadang untuk membayar gaji kakitangannya menggunakan Dinnar dan Dirham, Guru-guru Pasti Kelantan juga turut menerima Dirham sebagai bayaran elaun bulanan mereka.

Mereka telah menerima elaun bulanan berupa tiga keping Dirham yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Penyampaian dibuat pada satu majlis khas yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini semalam.

Pengagihan bayaran elaun menggunakan Dirham tersebut sebagai sokongan terhadap Dinar dan Dirham yang diperkenalkan kerajaan Kelantan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Pasti Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Chegu Mohd Nuri Yaacob serta lain-lain pimpinan Pasti peringkat negeri dan kawasan.

Husam ketika berucap pada majlis itu memberitahu, kerajaan negeri berusaha menghidupkan Dinnar dan Dirham setelah umat Islam telah ‘ditidurkan’ dalam tempoh yang panjang.

Katanya, sistem Dinnar dan Dirham sewajarnya dihidupkan semula oleh umat Islam zaman kini setelah yahudi mula melenyapkannya bermula tahun 1840 di zaman kerajaan Othmaniyah.

"Dinar dan Dirham yang diperkenalkan Kelantan menggunakan ukuran diperkenalkan Saidina Omar 4.25 gm dan akan bernilai di seluruh dunia.

"Sedangkan mata wang kita ada negara-negara tidak menerimanya sekiranya tidak membuat pertukaran terlebih dahulu sebelum ke negara terbabit,"ujarnya.

Husam turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menggunakan Dinnar dan Dirham sewaktu nilaiannya jatuh dan menyarankan menggunakan Ringgit Malaysia,

"Jangan terpedaya dengan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan rakyat akan rugi sekiranya mengunakan mata wang Dinnar dan Dirham.

"Kita harus ingat, sistem tersebut adalah ajaran Islam dan ianya terkandung dalam al-Quran sendiri,"ujarnya.
Dipetik daripada harakah daily pada 20 Ramadhan 1431 / 30 Ogos 2010

17 Julai 2011

SEDUTAN PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA


Keputusan Penuh

 

Bola SepakBola Jaring
JohanPerakTerengganu
Naib JohanSelangorMelaka
KetigaKedahJohor
KeempatPulau PinangKedah
Pemain TerbaikMohd Firdaus Norhalim bin Shahrol( Penjaga Gol PASTI Perak )Sara Umairah bt Faisal ( G S – PASTI Terengganu )
Johan KeseluruhanTerengganu

Tahniah ! BERSIH 2.0

WAJAH BARU HQ PASTI MALAYSIA

JUALAN AMAL

Pengurusan PASTI Kawasan Kota Melaka telah melancarkan jualan amal fasa pertama dalam bentuk produk KOPASTI Malaysia. Teh uncang keluaran KOPASTI di jual dengan Harga amal iaitu RM 10 bagi setiap kotak yang mengandungi 50 uncang.

Hasil kutipan jualan amal teh ini akan diguna bagi perjalanan dan kebajikan semua PASTI di bawah seliaan Kawasan Kota Melaka. Maklumat lanjut pembelian boleh menerusi Pengerusi PASTI Kawasan Kota Melaka ( En Azwan : 012-687 9046 )

Sumbangan tuan/puan amat dihargai.

16 Julai 2011

ANCAMAN KEJAM DARI FELDA

PAS akan pertahan walaupun Felda arah tutup Pasti
Written by Khairil Abdul Rahim   
BERA, 6 April: PAS Kawasan Bera menyifatkan arahan berpindah daripada Pengurus Felda Bukit Mendi kepada kelas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di tanah rancangan berkenaan  kerana dikatakan menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (GSA) hanyalah bermotif politik semata-mata.

Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Shahrul Mohamed berkata, ini disebabkan apabila seseorang peneroka Felda sudah selesai membayar hutang kepada agensi tersebut dan mendapat geran bermakna mereka tidak lagi tertakluk di bawah akta berkenaan

Justeru jika terdapat sebarang tindakan pihak Felda bagi menghalang operasi Pasti berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

“Pasti Bukit Mendi dimulakan tahun ini dan baru-baru ini pihak pengurusan Felda telah menghantar surat peringatan kerana mendakwa penubuhannya tidak mendapat kelulusan mereka serta menyalahi peraturan Akta GSA.
“Pengurus Felda meminta Pasti memindahkan kelas daripada rumah tersebut sehingga mendapat kebenaran dari pihak Felda. Surat itu turut menyatakan sekiranya ingkar atau tidak mengendahkan peringatan itu maka tindakan selanjutnya akan dibuat.
“Bagaimanapun, setelah mengadakan perbincangan, kami mengambil keputusan kelas tersebut tidak akan ditutup malah satu laporan polis telah dibuat baru-baru ini atas nasihat peguam,” katanya.
Menurut Shahrul, kelas Pasti itu ditubuhkan berikutan mendapat permintaan daripada masyarakat setempat dan sehingga kini terdapat 13 kanak-kanak pra-sekolah mengikuti pengajian dan ini menunjukkan Pasti mendapat sokongan ibu bapa dan penjaga di sini.
Pasti tersebut beroperasi di sebuah rumah peneroka dengan kadar sewa sebanyak RM180 sebulan. Bagaimanapun, pihak Pasti dikatakan telah membelanjakan RM14,000 sebagai perbelanjaan kos baik pulih dan ubah suai.

“Kita menubuhkan Pasti bukan atas dasar politik tetapi bertujuan memberi pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Justeru saya berpendapat pendidikan yang berteraskan Islam dan akhlak tidak sepatutnya diheret menjadi mangsa politik
“Bukan saya kata tabika atau pra-sekolah tidak bagus tetapi Pasti mempunyai sukatan mata pelajaran tersendiri yang boleh diterima masyarakat dan sudah terbukti keberhasilannya,” katanya.
Jelasnya, sukatan mata pelajaran yang diajar adalah didikan asas kepada kanak-kanak dan bukannya yang sesuka hati. Malah, gurunya pula lepasan Kursus Asas Pendidikan Pasti, sementara modul pendidikannya diperbaharui atau dikemas kini dalam tempoh tiga atau empat tahun sekali.
Mohd Shahrul berkata, Pasti bukan hanya menghadkan pendaftaran kepada warga PAS sahaja malah di sesetengah tempat bukan Islam juga ada yang menghantar anak mereka ke situ.
Katanya, sememangnya sukatan mata pelajaran adalah berbeza dengan tabika atau pra-sekolah kerana keunikan itulah yang menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka.
“Kalau mata pelajaran atau teknik pembelajaran yang diajar sama dengan kelas yang lain, buat apa lagi kami menubuhkan Pasti,” katanya.

JAWATANKUASA PASTI KAWASAN KOTA MELAKA

PENGERUSI
Sdr Muhamad Azwan bin Ahmad

NAIB PENGERUSI
Ustaz Muhd Khairul bin Aziz

SETIAUSAHA
Sdr Shamsudin bin Mohd Bakhid

BENDAHARI
Sdr Mohd Hilmi

KETUA MGP KAWASAN
Pn Rohana binti Shafie

SETIAUSAHA MGP
Pn Azni binti Abdul Aziz

AJK SETIAP CAWANGAN :

As-Syarifah ( Telok Mas )
Sdr Ridzuan bin Hamzah

Ahmadiah 1 & 2 ( Bukit Larang / Pernu )

Ar-Rasyad ( Padang Temu )

Al-Hidayah ( Semabok )

Al-Ummah ( Duyung )

Nurul Aini ( Kampung 6 )

Al-Usrah ( Kampung 8 )